AS Roma Sambar Mourinho

AS Roma Sambar Mourinho | AS Roma mengumumkan pelantikan Jose Mourinho sebagai pengendali baharu kelab Serie A tersebut bagi saingan musim 2021/22 menggantikan pengendali Paulo Fonseca.

Pengendali berusia 58 tahun yang pernah bersama beberapa kelab elit Eropah seperti Chelsea, Manchester United dan Real Madrid sebelum ini dipecat Tottenham Hotspur selepas 17 bulan bersama kelab London tersebut direkrut untuk berkhidmat di Stadio Olimpico sehingga 2024

Ini kepulangan kali kedua ke bumi Itali bekas pengurus kelahiran Portugal yang mencipta nama dalam bidang pengurusan bersama FC Porto, selepas bersama Inter Milan dari 2008 hingga 2010

“Kami sangat gembira dan menyambut kehadiran Jose Mourinho ke keluarga besar AS Roma. Seorang pengurus hebat yang memenangi kejuaraan pada setiap peringkat, Jose Mourinho akan memberikan pengalaman luar biasa untuk projek kami yang bercita-cita tinggi.

“Pelantikan Jose Mourinho adalah langkah ke hadapan kelab dalam membentuk budaya menang jangka panjang dan konsisten di kelab ini,” kata Presiden AS Roma, Dan Friedkin dan naib presiden, Ryan Friedkin dalam satu kenyataan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.