AS Roma Sambar Mourinho

AS Roma Sambar Mourinho | AS Roma mengumumkan pelantikan Jose Mourinho sebagai pengendali baharu kelab Serie A tersebut bagi saingan musim 2021/22 menggantikan pengendali Paulo Fonseca.

Pengendali berusia 58 tahun yang pernah bersama beberapa kelab elit Eropah seperti Chelsea, Manchester United dan Real Madrid sebelum ini dipecat Tottenham Hotspur selepas 17 bulan bersama kelab London tersebut direkrut untuk berkhidmat di Stadio Olimpico sehingga 2024

Ini kepulangan kali kedua ke bumi Itali bekas pengurus kelahiran Portugal yang mencipta nama dalam bidang pengurusan bersama FC Porto, selepas bersama Inter Milan dari 2008 hingga 2010

“Kami sangat gembira dan menyambut kehadiran Jose Mourinho ke keluarga besar AS Roma. Seorang pengurus hebat yang memenangi kejuaraan pada setiap peringkat, Jose Mourinho akan memberikan pengalaman luar biasa untuk projek kami yang bercita-cita tinggi.

“Pelantikan Jose Mourinho adalah langkah ke hadapan kelab dalam membentuk budaya menang jangka panjang dan konsisten di kelab ini,” kata Presiden AS Roma, Dan Friedkin dan naib presiden, Ryan Friedkin dalam satu kenyataan.

Betul ke Manchester United, Leeds United sama kuat

Betul ke Manchester United, Leeds United sama kuat | GERGASI Inggeris, Manchester United semakin menghampiri slot automatik saingan Liga Juara-Juara musim depan apabila mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Leeds United pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road sebentar tadi.

Betul ke Manchester United, Leeds United sama kuat

Keputusan itu menyaksikan skuad Ole Gunnar Solskjaer berada 12 mata mengatasi West Ham United yang berada pada kedudukan kelima liga dengan baki lima perlawanan musim ini.

The Red Devils kini berada pada kedudukan kedua liga dengan pendahulu Manchester City terus memimpin liga dengan 77 mata 10 mata di depan United.

Skuad Solskjaer tampil ke laman lawan dengan momentum positif untuk mengekalkan rentak kemenangan dalam empat perlawanan terakhir, namun berdepan tentangan sengit tuan rumah kendalian Marcelo Bielsa.

Tuan rumah yang bertekad menebus kekalahan 6-2 di Old Trafford sebelum ini tidak kurang hebat apabila memiliki peluang terbaik menerusi Helder Costa, namun rembatannya sedikit tersasar.

Pelawat memiliki beberapa peluang merobek gawang lawan terutamanya menerusi sepakan percuma Marcus Rashford, namun digagalkan ketangkasan penjaga gol Leeds, Illan Meslier.

Keputusan seri tersebut menyaksikan anak buah Solskjaer mengumpul 67 mata manakala skuad kendalian Bielsa pula mengumpul 47 mata selepas mengharungi 32 perlawanan.

Cheng Hoe Tetap Positif

PENGENDALI Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe tidak bimbang walaupun beberapa tonggak pasukan kebangsaan seperti Mohamadou Sumareh, Safawi Rasid dan Muhammad Syafiq Ahmad tidak diberikan minit bermain selain kurang menyerlah bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Menurut Cheng Hoe, beliau tetap positif untuk melihat impak yang akan dipamerkan ketiga-tiga pemain utama itu menjelang kempen kelayakan menjelang pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Jun depan.

“Pada pendapat saya ia sesuatu yang biasa dalam Liga-M apabila jaringan dikuasai oleh penyerang import. Saya tahu pemain terutama penyerang tidak dapat minit bermain dan kurang beraksi dalam liga.

“Tetapi, sebagai jurulatih saya kena positif. Saya juga selalu ingatkan pemain supaya mereka buat latihan tambahan di kelab masing-masing untuk memastikan mereka bersedia apabila dipanggil ke skuad kebangsaan,” katanya.

Prestasi semasa ketiga-tiga pemain itu ketika ini menjadi persoalan selepas sudah lama tidak diturunkan bersama JDT dengan Safawi sedang berada dalam fasa pemulihan selepas kecederaan manakala Sumareh dan Syafiq sedang bergelut untuk mencuri tempat dalam skuad bimbingan Benjamin Mora itu.

Ia sekali gus menimbulkan kebimbangan adakah ketiga-tiga pemain tersebut dapat bersedia sepenuhnya dalam menggalas cabaran negara menjelang aksi kelayakan itu.

Untuk rekod, Sumareh ketika ini menjadi penjaring terbanyak untuk skuad Harimau Malaya dalam kempen kelayakan tersebut dengan tiga gol, manakala Safawi dan Safiq masing-masing telah menjaringkan dua gol dalam lima perlawanan yang telah diharungi pasukan kebangsaan.

Cheng Hoe dijangka terus mempertaruhkan kelibat ketiga-tiga pemain tersebut, namun dalam masa sama tidak menolak kemungkinan untuk mencari pilihan lain sekiranya mereka tidak bersedia untuk beraksi.

“Sudah tentu saya kena hormati jurulatih kelab masing-masing kerana mereka juga ada perancangan dan KPi sendiri. Sebab itu saya sentiasa positif dengan pemain yang hadir ke pasukan kebangsaan.

“Dalam masa sama, saya juga yakin pemain dah tahu tugas mereka dan perlu bersedia sebelum dipanggil. Namun, apa jua sekali pun, saya tidak boleh bagi alasan apabila pemain itu kurang menyerlah kerana tidak dapat peluang bermain di kelab masing-masing.

“Sebab itu, saya lebih suka cari pilihan lain dan bersedia dengan beberapa perancangan dalam usaha memastikan kita mampu memberikan yang terbaik dalam kempen kelayakan itu,” katanya.

Ayuh kita sokong Harimau Malaya, doakan kemenangan mereka.