Kosah Benar Pesakit covid19 stage 4Pesakit covid19 stage 4

Pesakit covid19 stage 4: Pesakit covid19 stage 4

Bila doctor called dalam ward maklumkan saya boleh balik sehari sebelum hari raya, mental state tiba2 lega. It’s not the raya yg saya nak, saya just nak balik. Mentally saya koyak dalam ward. Sebab wardmate ramai yg down. Tak berhenti cakap pasal mati, which is actually a good reminder tp for me at that time, no bukan masanya.

Battling covid, untuk saya, dua perkataan saja.
Sakit sangat. Mungkin disebabkan masalah kesihatan yg sedia ada, making it worst. Daripada ward 26, ke ward puteri dan ke ward 4, semuanya akan jd kenangan manis utk saya.

Dalam ward, semua tak kena. Tidur tak kena, baring tak kena, bangun tak kena, makan tak kena, semua tak kena. Batuk jd sangat sakit, kahak macam berdarah, keruh, pekat macam gam.

Rutin pagi seawal 3pg, doktor masuk utk collect darah nadi. Sakitnya Allah saja yg tahu. Sampaikan dr sendiri banyak kali igtkan, sakit ni ye. Sy rasa kalau ada rahsia kerajaan masa tu dgn sy, saya confirm bocorkan.

Ambil darah nadi has always been a nightmare. Sebab terlalu sakit. Masa tu yg saya nak hanya abah saya. Dengan kesan ubat, buat saya pening, dan mual2, bila kena cucuk ubat, sakit.

Dr akan check oksigen dalam badan, selalunya oksigen level saya below average. Selalu bawah 90, dan doctor nak average 95 ke atas. Sebab itu kena guna oxygen aid. Bila guna oxygen aid, dalam hidung ada merah2 macam berdarah. Sy sesak nafas, dalam tidur saya rasa macam nyawa nak kena cabut, macam ada batu hentak dada, lepas tu mula tegapai ambik nafas. Solat pun tak boleh solat macam biasa, sebab sakit nak rukuk dan sujud. Mandi pun kena mandi duduk dan slow, kalau laju2 mesti mengah dan tak cukup nafas.

Sampai sekarang pun, sy tak boleh suddenly menguap, atau bersin, sbb nnt mesti sakit.

Di hospital, utk naikkan oksigen, Dr galakkan tidur secara proning position. Tidur meniarap, dan alhamdulillah sgt membantu.

Saya sendiri cuba recall balik, macam mana sy boleh dijangkiti covid? Sy dh ambil precaution yg perlu. Sy avoid public places, cuma ulang alik kerja-rumah sahaja. Tp still sy kena.

Tp sy tetapkan salahkan diri saya sendiri sbb gagal jaga diri sampai sy kena covid ni. Gagal jaga sop, sampai saya menyusahkan petugas hospital.

Kalau ada yg rasa covid ni just a joke, main-main, tolong lah wujudkan kesedaran dalam diri. Covid ni sakit.
SAKIT.

Every night di hospital, rasa macam beratur utk mati. Risau kalau esok bangun tak bernyawa, risau kalau esok sy dh tak jumpa abah saya lagi. Risau kalau saya mati sorang-sorang. Sunggguh. Sbb sakit, sakit you can’t describe how. Percaya la kalau sy kata, sy duduk hampir 20 hari di hospital kali ni, saya lebih banyak sebut nama Allah berbanding 30 tahun saya hidup. Sebab yang memisahkan saya dengan kematian masa itu hanya Allah swt. Syukur juga sbnrnya sy diuji, Allah nak saya cari Dia.

Please guys, Jaga diri, jaga sop. We never know how and when, but risiko utk kena selalu ada. And i can assure you, this experience is not pleasing at all. And imagine kalau mak ayah kita yg tua yg kena.

Tp anyhow, sy bersyukur, terima kasih kepada semua pihak terutamanya keluarga, jiran-jiran juga rakan-rakan yang tidak putus-putus memberikan sokongan dan kata-kata semangat.

Terima kasih terutamanya utk kakak saya Sarah Sohor dan adinda saya Shafika Mustaffa yg attend keperluan saya sepanjang kuarantine. Yg sanggup hantar makanan dan buah2 kalau kalau xlalu makan di hospital. Dan kak Nikna Yani dan kak Afiqah Amran yg tlg attend e review dan hehehe banyak cover court cases 🌸

Dan tolong be a responsible citizen. Sepanjang di hospital, i realize pengorbanan petugas kesihatan jaga kami, layan kami sebaiknya, despite bersengkang mata siang dan malam tp layanan dan senyuman paling terbaik pernah sy terima. Semoga Allah swt lindungi kalian❤️

Tahan dulu niat nak visiting saudara mara, sy tgk harini ramai je yg beraya ziarah menziarah, u never know anybody boleh jadi carrier virus ni tanpa perlu bersimptom. Jgn degil, patuh sop, pkp semua ni bersebab. Bukan sengaja suka suka pkp dibuat.

Even sampai ke harini, sy masih suffer dengan kesan covid. Recovering tu ya benar. Tp masih sakit-sakit badan, lenguh seakan akan lumpuh. Tidur tak kena, tak tidur lagi lah tak kena. Tangan yg kena cucuk amik darah, masih shaky, nk menulis tak boleh, nk buka butang baju pun susah. Pendek kata, x ampuh macam sebelum ini. Semuanya sebab covid.

Kalau rasa covid still a joke to you, dipersilakan. Selagi tak kena sendiri, you can laugh.

Jaga diri, stay safe!
Please, kita bantu frontliners! Do our part.

Siti Atikah
Stage 4 Covid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *