Suhaimi Saad – ‘Sebelum Ni Ampa Maki Aku, Sekarang Makanlah Sijil UPSR & PT3 Ampa Tu..’

Suhaimi Saad – ‘Sebelum Ni Ampa Maki Aku, Sekarang Makanlah Sijil UPSR & PT3 Ampa Tu..’ | Sebelum ini, bekas anggota kumpulan nasyid In Team iaitu Suhaimi Saad pernah berkongsi kepada umum bahawa dia memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.

Baca ini:- Guru Buat Lawak [email protected] jadi kebiasaan, pelajar Wanita jadi Trauma

Dia berpendapat pendidikan seseorang tidak semestinya diperoleh melalui sekolah sahaja. Malah terdapat banyak cara yang boleh dilakukan untuk menimba ilmu.

Suhaimi Saad – ‘Sebelum Ni Ampa Maki Aku, Sekarang Makanlah Sijil UPSR & PT3 Ampa Tu..’

Terbaru, menerusi akaun Instagram, Suhaimi Saad seakan berbangga membuktikan kepada orang ramai tentang pendiriannya untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah lebih-lebih lagi selepas kerajaan membuat pengumuman memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan membatalkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3).

Lagi kebenaran dizahirkan. Sebelum ni ampa maki aku sebab kononnya aku nafikan hak anak anak. Nanti anak anak takdak UPSR, takdak PT3, takdak sijil, payah nak kerja. Payah nak cari makan. Sekarang makan la sijil upsr dan pt3 ampa tu.

Dakwa suami kepada Ina Naim, sijil pelajaran tidak menjamin kehidupan di dunia sebaliknya sebagai umat Islam, kita perlu bergantung kepada rezeki Allah SWT.

Bukalah minda. Jidup mati kita kena bergantung harap pada Tuhan bukan makhluk. Jangan rasa hidup boleh berjaya dengan satu cara saja. Cara yang paling betul adalah cara yang Allah dan nabi tunjukkan.

Sumber: Suhaimi Saad dan Oh Bulan

1 thought on “Suhaimi Saad – ‘Sebelum Ni Ampa Maki Aku, Sekarang Makanlah Sijil UPSR & PT3 Ampa Tu..’

  1. Pingback: Sempat Lantunkan Ayat Al-Quran Sebelum Dijemput Illahi, Pergi Yang Dicemburi - Ulama Mesir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *