Wanita Ciplak Sambal Khairulaming Tampil Mohon Maaf

Wanita Ciplak Sambal Khairulaming Tampil Mohon Maaf | Viral seketika tentang ciplak makanan seorang instafamous dan boleh dikatakan chef selebriti iaitu Sambal Nyet Berapi. Individu bernama Masturaaliyah tampil memohon maaf berhubung isu ciplak Sambal Nyet Berapi buatan Chef selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman.

Baca selanjutnya.

Wanita Ciplak Sambal Khairulaming Tampil Mohon Maaf

SHAH ALAM – Individu bernama Masturaaliyah tampil memohon maaf berhubung isu ciplak Sambal Nyet Berapi buatan Chef selebriti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman.

Khairul Amin atau lebih dikenali sebagai Khairulaming, 29, berkata, pihaknya mengemukakan tiga tuntutan iaitu bayaran pampasan tunai, permohonan maaf melalui video dan kenyataan pengakuan bersalah daripada Masturaaliyah sebagai tanda memohon maaf.

“Duit pampasan ini saya tidak akan pulangkan semula kepada pembeli sebab proses pulangkan semula ini tidak mudah dan aku nak pembeli memikul tanggung jawab juga (berhubung kes tersebut).

“Oleh itu 100 peratus duit ini saya akan sedekah kepada asnaf yang memerlukan di bulan puasa ini. Saya tak akan ambil satu sen pun,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Khamis.

Pada Rabu, Khairul Amin membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penciplak Sambal Nyet Berapi keluarannya.

Menurutnya, terdapat pihak tidak bertanggungjawab menciplak dan menjual produk yang tidak berkualiti kepada pelanggan dengan menggunakan jenama sambalnya.

Dalam pada itu, Masturaaliyah melalui pengakuan video dalam ciapan Twitter Khairulaming telah mengakui kesalahannya dan berjanji tidak mengulanginya lagi. “Assalamualaikum, saya Masturaaliyah. Saya orang yang bertanggungjawab terhadap Sambal Nyet yang tidak asli.

Baru-baru ini terdapat kes mengenai Sambal Nyet yang tidak asli, dan ia bukan dibuat daripada Khairulaming tetapi dibuat oleh saya.

“Oleh itu saya ingin membuat permohonan maaf yang sebenar-benarnya kepada pemilik Sambal Nyet yang sebenar iaitu Khairulaming dan juga kepada mereka-mereka yang terpedaya membeli sambal yang tidak asli, termasuklah mereka yang salah faham kepada Sambal Nyet yang sebenar.

“Oleh itu, saya menganggap ini pengajaran untuk saya, saya tidak akan mengulangi kesilapan ini,” katanya.

Selain itu, Khairul Amin berkata, Masturaaliyah telah membuat pengakuan bertulis di balai polis Damansara.

“Semua maklumat dan pengakuan telah dicatatkan dalam laporan polis,” ujarnya.

Kesimpulannya, janganlah kita nak senang tetapi guna nama atau bakat orang lain, usahalah secara jujur dan percaya dengan rezeki Allah bagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published.